Apakah rasionalnya dan
kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir
abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama
Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British
yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding
Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu
jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah
bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah
paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya
menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya
dengan tangannya... ........ !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan
duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita
tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan
sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama:
Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang
membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang
belum tentu cukup bersih.
Kedua:
Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang
menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu
ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga:
Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam
longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.
Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin
menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin
kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........
Moralnya:
Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan
dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat
begitu......
No comments:
Post a Comment