*UNTUNG *
Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita
rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan
berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah
pemilik kedai tersebut..
*Pemberita*: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?
*Tokey*: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih
untung wooo...
*Pemberita*: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung....?
*Tokey*: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali,
bukan semalam aa..
*Pemberita*: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???
*Tokey*: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun
50% semalam talak liskaun..
*KEDAI BARU*
Sam dan Dol sedang berehat setelah penat mempersiapkan kedai yang
mereka akan buka dua-tiga hari lagi. Kedainya dah siap tapi
barang-barangnya belum sampai lagi. Dalam berbual-bual, Sam
mencadangkan mereka "mengenakan" orang yang bertanya tentang kedai
mereka itu. Dol setuju saja -- memang satu kepala dengan Sam.
Tak lama kemudian, lalulah Pak Pandir di depan kedai mereka.
Dilihatnya kedai itu kosong saja, lalu Pak Pandir bertanya kepada
mereka berdua, "Anak-anak ni jual apa?"
Sam dengan rasa geli perutnya (sebab dapat mangsa pertama) pun
menjawab, "mangkuk hayun.". Dol ketawa berdeket-deket -- kononnya
kelakar le tu.
"Laku jugak ye", kata Pak Pandir pula. "Tinggal dua saja",
tambahnya sambil tersenyum dan berlalu.
*HARTA PAK PANDIR*
Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan
setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang
tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak
dibawah bantal, nanti diambil pencuri.
Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia me nana m wang itu
dibelakang rumahnya, lalu memasang papan p erin gatan dengan tulisan yang
sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang
bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.
Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil
wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai,
maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI
YANG AMBIL!".
Pak Pandir di Lebuhraya
Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba
handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.
Ia mendengar suara ist erin ya Mak Andeh memp erin gatinya supaya
berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta
yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".
"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"
*TAULAH AKIBATNYA... *
"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut
gigi
grahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum
suntikan.
Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong
jangan suntik, saya takut!".
Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air
ubat
penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.
Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".
Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun
yang
menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."
*PENERBANGAN*
Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.
"Ini Kapten Kamal berbicara".
"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat
menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101
dari
Kuala Lumpur menuju Australia".
"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".
"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat
bahwa kedua mesin sedang terbakar"
"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat
bahagian ekor sudah mulai tercabut"
"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat
kecil
berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"
"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"
*DAH MASUK LAPAN BULAN NI... *
Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar
hutang
rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...
Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya
tentang loan yang ingin dibayarnya...
"Berapa bulan, Puan...?"
Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.
"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.
*JANGAN TERLALU YAKIN...*
Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada
dua
orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : "
Syukurlah,
semuanya sudah berlalu..."
"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat
tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus
menjalani pembedahan sekali lagi....!"
Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin
dulu,
aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas
pembedahan di
dalam perutku.."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah
sesiapa yang melihat handphone saya?"
*KURANG AJAR! *
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk
diperdengarkan tuduhan.
"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata
hakim.
Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"
"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.
Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...
"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar
dengan
menggunakan pisau..!"
"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.
"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.
"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen
dengan menggunakan parang..!" kata hakim.
"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.
Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa
anda
berperangai seperti ini.. saya akan p erin tahkan anda di masukkan ke
Hospital
Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"
"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata... "Saya adalah jiran
pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"
*KUDA & KATAK*
3 ekor kuda dalam kandang sedang berborak mengenai kisah hidup mereka.
*Kuda 1:* Dalam 15 perlumbaan yang terakhir ini, aku menang 8 darinya.
*Kuda 2:* Oh! Dalam 27 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 19
darinya... huhuhu...
*Kuda 3:* Wau... itu memang bagus. Aku pulak, dalam 36 perlumbaan, aku
menang 28. (dengan bangganya sambil menggoyang2 ekornya).
Saat ini, kuda2 itu baru perasan, ada seekor anjing yang sedang asyik
mendengar perbualan mereka.
*Anjing:* Aku tak berniat untuk menunjuk. Tapi, dalam 90 perlumbaan yang
aku sertai, aku menang 88 darinya.
Kuda2 itu amat terpegun.
"Wow!", kata seekor darinya, setelah masing2 terdiam sejenak.
"Anjing boleh bercakap bahasa kuda?"
========================================================================
Seekor katak menelefon seorang tukang tilik nasib, bertanya perihal masa
depannya.
*Tukang Tilik:* Awak akan ditemukan dengan seorang gadis jelita yang
teramat ingin mengetahui segala-galanya mengenai awak.
Katak itu amat teruja.
*Katak:* Bila saya akan jumpa dia? Tak sabar rasanya.
*Tukang Tilik:* Oh, kamu akan jumpa gadis itu tidak lama lagi dalam makmal
biologi!
*LAWAK SAKIT MENTAL*
Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah
sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain
pula.
Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh
doktor yang merawat mereka.
*Doktor:* Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita
baik,dan 1 lgi berita buruk.
*Pesakit mental:* Apa dia doktor?
*Doktor: *Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan
tanda-tanda hampir
sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg
cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan
itu
didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang
sungguh.
*Pesakit mental:* Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya
supaya dia k erin g dgn cepat..hee..
*Doktor:* #@**_!!*&^_#
No comments:
Post a Comment