Thursday 4 August 2011

Buah Kurma

Kita jgn tau jual kurma atau beli jek, tapi tak tau kisah disebaliknya.....







>  Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh
>           krew RTM)
>
> Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat  menikmati buah tamar 
> sebagai  juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu  kewajipan  bagi 
> setiap rumah untuk  membelinya tidak kira dari jenis, gred  yang 
> paling rendah atau yang paling  mahal seperti tamar ajwah 'pure' 
> Madinah yan berharga RM120.00 sekilo pada  hari biasa manakala pada 
> bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian
sains merupakan
> buah yang khasiat  dan kandungan   gulanya  cepat meresap ke dalam
> tubuh.
> Kita selalu mendengar  kisah2 Rasulullah s.a.w.  dengan pohon tamar.
> Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan  masih ramai tidak


> mengetahuinya.
>
> Syukur dengan berkat  mengunjungi Makkah dan Madinah  untuk 
> mengerjakan umrah  semasa  pengambaran "Drama Cinta Madinah"  yang 
> bakal  disiarkan ceritanya pada  saluran RTM bulan ini, saya dan semua


> krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul 
> kejad! ian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau  Pak Long (Kisah
Pak Long Isa pernah
> tersiar dalam Anis julai lalu).    Menurut cerita Pak Long , asal-usul
> kejadian pokok tamar adalah dari lebihan  tanah yang Allah s.w.t.
> ciptakan Nabi Adam
> a.s.
>
> Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.  Selepas Maryam 
> melahirkan  anaknya Nabi Isa a.s.,  Siti Maryam telah diminta oleh 
> Allah s.w.t untuk  menggoncangkan  pohon tamar yang terdapat di tempat


> dia melahirkan anaknya  lalu gugurlah  buah tamar masak dan di makan 
> oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang  pertama tamar menjadi ubat 
> berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat  mengalas perut untuk 
> mengumpul tenaga selepas selamat  bersalin hanya dengan makan tamar, 
> tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan 
> kelahiran Nabi Isa  a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok 
> tamar jantan di sebelah  pokok tamar betina.
>
> Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok  ia juga harus 
> dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses 
> pendebungaan
betina
> dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar 
> jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, 
> berdaun keras menjulang  ke langit. Pokok tamar  betina rendah sedikit


> dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan 
> berbunga setahun sekali sama dengan  tamar betina . Bezanya bunga 
> jantan ia mengeluarkan debu-debu halus.
>
> Pada  bulan ini  ketika tamar betina   mengeluarkan bunga,  petugas
> (terdiri dari mereka  yang berbangsa Arab)  akan memanjat pokok tamar


> betina dan dijalankan  proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua 
> tiga  ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang 
> terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasi! lkan buah tamar yang


> elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak 
> boleh  melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar 
> tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan 
> manusia. Buah tamar tidak  akan masak jika suhu kurang dari  55oC.
>
> Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah


> musim  menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi
> sebuah kebun memadai  ada   beberapa batang  sahaja pokok tamar jantan
> berbanding dengan ratusan  pokok tamar betina, kerana debunga pada 
> satu dahan pohon tamar jantan  boleh digunakan untuk  proses 
> pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok  tamar betina . Debu  
> yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu  sedikit.
>
> Bunga jantan ini  juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk 
> kegunaan berulang-ulang kali  selagi debunganya masih ada.
> " Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan 
> sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang  atau
burung
> yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.   Allah
> s.w.t pelihara dan  memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan 
> manusia. Di Madinah hanya  bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan 
> turun naik  ke atas  pokok  tamar  untuk lakukan kerja pencantuman
ini.
> Bangsa  lain tak  mampu, tenaga  tak  sekuat bangsa ni." Jelas Pak 
> Long.
>
> Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami  juga bingung kenapa 
> keunikan ini  berlaku pada buah yang  istimewa ini,  lalu Mak Long 
> Normah Morad, isteri Hj  Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,
"Gosok
> pada tangan dan cium,"  katanya.    "Masya-Allah bau air  mani," kata
> kami
> tergamam.
>
> "Ya,  memang bau air mani, bau ini bukan semua  makhluk suka. Pokok 
> tamar kalau  mahukan buahnya elok, ia  mesti disenyawakaan oleh tangan


> manusia, sebab pokok  ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah 
> kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia  umpama pak menakan(ayah
> saudara)  kita. Sebab itu kita tak  boleh pandang remeh padanya.
> Rasulullah s.a.w. dan
> Nabi-Nabi lain sangat  sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik


> buah yang serasi dengan  badan kita adalah buah tamar kerana ia 
> sebahagian dari kita. Jadi setiap  kali menjamah tamar ingat-ingatlah 
> asal kejadiannya.
> Buah ini tidak berbau kerana Allah  s.w.t. nak pelihara  kesuciannya 
> di samping mudah untuk kita  menguruskannya dengan kelebihan cuaca 
> yang panas kering.  Penjual tak risau  lalat  atau semut kerana bumi 
> barakah ini."Ujar Pak  Long dengan senyum lebar. "Selamat Menunaikan 
> Ibadah Puasa."....
>

No comments:

Post a Comment